Tuesday, December 15, 2009

Supaya aku termimpi-mimpi....

Ada kawan aku yang baik hati hantar ni. Tapi sebelum pos dia dah bagitau.




Apa ya? Rupanya macam tau tapi tak pasti lah...





Belek ikut belakang....





Hahahahahah. Terima kasih Nomy sebab sengaja nak buat aku termimpi-mimpi.






Tapi isi dalamnya tak dapat lagi.... Sementara tu, aku tekan-tekan board plastik ni dulu lah, ok?


Saturday, December 12, 2009

An Entry Without a Relevant Title

Adam with cuz, Pyan who is actually older than him but smaller in size.






Pyan with Cik Su.



Mama and Adam



Adam n cuzs.




Nadia on a kid's coaster.



Adam and Hannah ready to my cuz's wedding.


My kids are getting bigger eh? Maybe I should update regularly now.

Thursday, November 12, 2009

Geram

Kenapa kalau anak aku sakit demam tak sihat, dia kata aku tak reti jaga anak tapi bila aku aku sihat montel debab, dia kata babysitter tu pandai jaga anak aku?

Yang paling aku geram pun, kenapa aku ni kisah sangat apa dia cakap?

Monday, November 2, 2009

One Week

Sakit mata yang keterlaluan menyebabkan saya tidak boleh memakai kanta pelekap lagi. Semuanya masih belum selesai sejak Aidilfitri lalu. Maryam pula kata, 'Asyik berair sahaja mata Kak Ana, pergilah cek doktor'. Mungkin kata hati dia yang sebenar, 'takut nanti buta pula'. Kejam! Pandai-pandai saya reka kata hati dia.



Minggu lepas saya pergi jumpa doktor mata sambil ambil cuti sehari sebab banyak ujian yang dibuat kerana doktor risau mata saya mengalami kecairan atau mungkin kebocoran? Sila maafkan tatabahasa doktor berbangsa Cina itu. Saya pun tak faham. Kalau ada rajah, pelan dan bola mata besar seperti dalam bilik doktor mungkin saya boleh terangkan.

Doktor juga kata semuanya kerana saya telah hampir 12 tahun pakai kanta pelekap dan sekarang mungkin daya tahan mata saya sudah tiada lagi. Doktor bagi ubat titis untuk hilangkan alahan. Setelah seminggu, saya sudah boleh pakai kanta pelekap semula!


Sungguh tidak serik! Tapi saya pakai kanta pelekap pakai buang harian. Hanya pakai seminggu sekali apabila hendak berdating dan bergossip hangat dengan rakan-rakan seperjuangan. Bagus, kan? Cuma harga yang tidak berapa nak bagus T_T


Tambahan pula adanya jualan gudang ekstrem sebab Parkson Ria di Kuantan Plaza nak tutup! Harga yang bagus tapi poket tidak bagus ya! (-_-") Comforter set Jean Perry diskaun sehingga 70% WTF! (ie perlu dibaca sebagai 'Where's The Father!?') sebab perlu duit tambahan untuk membeli barang.


Gen berkursus Selasa hingga Jumaat di De' Rhu dan kemudiannya Jumaat hingga Ahad di Seri Malaysia. Walaupun dua-dua tempat di Kuantan, tapi dia tak balik atas sebab ada kelas sampai pukul satu pagi. Kelas karaoke session kah? Memang saya tidak puas hati sebab minggu sebelumnya dia pergi masuk hutan off-road di Bentong. Sudah empat hujung minggu Gen tiada di rumah, ya.

Hari Sabtu bawa anak-anak pergi jalan-jalan sendirian.


Rasa macam nak beli topi Jingle Bells ini tapi terasa rugi pula RM10.




Mainan Adam, figurine Ben10. Patung Diamondhead tu Hannah buat patah dalam masa 24 jam selepas beli.




Hannah yang mulanya pilih set berkebun tapi dia tanya, 'Mama boleh letak pasir tak dalam (pasu) ni?' Saya jawab tak boleh. Terus dia ambil mainan lain.

Nadia yang angkut semua permainan bawa keluar tapi tak tahu nak beli apa.

Kesedihan anak-anak yang terubat. Kesedihan saya pula bagaimana?

Gen belikan set periuk CNI ini untuk saya. Sedihkah? Gembirakah? Atau perlukah saya peluk periuk ini di malam hari sewaktu dia tiada?

Monday, October 12, 2009

Parti Tupperware: Marah atau Tidak?

Gen kemaruk beli Tupperware. Lieza cakap, 'bestnya husband Ana ni,' dan Diana pula cakap, ' Tok laki aku dah banned beli Tupperware dah,' dan ternyata mereka berdua sangat jeles dengan aku. Hahahahh. Tapi itu part one.





Tapi yang ramai tak tahu, Gen belikan Tupperware ni semua sebab dia tak nak aku marah sebab Gen kerja pada hari Ahad lepas. Keluar rumah pukul 11 pagi. Balik pada pukul 12 tengah malam. Hmmm kerja apa sampai pukul 12 ya? Tak tahu lah kan.

Untuk mengubati hati yang lara, malam tadi aku bawa Adam, Hannah dan Nadia ke Kuantan Parade, makan KFC dan jalan-jalan. Alhamdulillah semuanya well-behaved sebab aku dah saiko diorang, 'kalau nak keluar dengan Mama, semua orang kena jadi budak baik'. Hahahah. Sebenarnya kesian juga sebab main-main kat rumah saja, diorang bosan, kan...

Pergi melawat Noni di Matta Fair sekali. Best juga kalau dapat bercuti nanti. Hmmmm...

Ok berbalik pada soalan asal. Tupperware vs ditinggalkan sendirian pada hari Ahad bersama anak2. Marah atau tidak?

Wednesday, October 7, 2009

True Story: Retail Therapy Is Bad For Your Health

A good bird told me that a retail therapy is good to lessen your stress. Erm, suddenly - saya rasa saya mahu menulis dalam bahasa Melayu.



Seekor burung yang baik hati memberitahu saya terapi beli-belah adalah baik untuk menangani tekanan. Oleh itu, saya telah mengamalkan terapi ini dan membeli beberapa barangan yang kemudiannya ternyata menggembirakan hati saya.



Tambahan pula waktu bulan Ramadhan, saya juga membeli beberapa barangan untuk sambutan Aidilfitri. (-_-“). Boleh dikatakan macam orang hilang akal, membeli barang dan (sengaja) lupa untuk memikirkan barang tersebut adalah keperluan atau untuk berlebih-lebihan.



Sewaktu sambutan Aidilfitri, tiada lansung ingatan tentang barang-barang yang telah dibeli menjengah kotak ingatan saya, Sehinggalah hari semalam, saya menerima bil Mastercard dan Visa yang suatu waktu dulu adalah rakan karib saya.








Rasa macam nak pitam bila melihat jumlah kedua-dua bil tersebut adalah hampir mencecah RM4,700 dan jumlah tersebut adalah untuk satu bulan sahaja kerana bil bulan sebelumnya telah dibayar habis.


Senyap sekejap, cuba mengingati apakah barang yang telah dibeli (T_T). Tak berjaya. Mungkin lebih patut fikir cara untuk menanganinya.

Pertama, telefon syarikat kad kredit dan minta supaya jumlah tersebut boleh dibayar secara ansuran. Bolehkah? Tak cuba tak tahu, kan.

Kedua, telefon sugar daddy kesayangan (-_-“) minta simpati dan bantuan kewangan disertakan dengan kata-kata ucapan, ‘Baby, I love you,’ Hahahah mesti berbulu telinga Gen dengar.

Ketiga, keluarkan duit simpanan.


Argh!

Tuesday, October 6, 2009

Parental Guide Part 14

Hahahah korang perasan tak kalau edisi Parental Guide ni numbering Part dia tak pernah betul. Macam sesuka hati dan ikut mood sendiri aje.


Topik pada hari ini adalah, 'Macam mana nak memasak sambil menjaga tiga orang kanak-kanak riang secara bersendirian'. Oh panjang pulak tajuk Parental Guide Part 14 ni. Tapi tak apalah, sila teruskan dengan pembacaan anda.


Selalu kalau nak memasak, Adam, Hannah dan Nadia mesti sibuk bersama kat dapur. Bukannya tak suka diorang masuk dapur tapi masalahnya kalau dah masuk dapur tu, banyak sangat aktiviti tambahan diorang seperti menolong mengemas dapur yang memang sudah bersepah supaya menjadi lebih bersepah lagi.

Taktik pertama adalah memasang Channel Cartoon Network sebagai distraction supaya diorang melekat depan tv. Adam bolehlah terima taktik tersebut tapi Hannah cepat bosan. Nadia pula memang tak heran dengan tv. Taktik pertama gagal.

Bila dah masuk dapur, distract diorang dengan makanan pula. Selalunya dengan sweets lah, cakap macam ni, 'Mama bagi makan coklat ni, pergi main kat depan. Kalau masuk dapur, nanti Mama ambil balik.' Hahahha... Selalunya berkesan tapi atas sebab kesihatan, tak boleh buat selalu. Taktik kedua is not healthy.

Taktik ketiga adalah dengan menyediakan aktiviti di dapur bersama-sama. Sambil memasak, bagi diorang colouring book dan pensil warna. Macam berjaya lah, sempat aku memasak kejap.

Bersungguh-sungguh mengadap colouring book.

Setakat ni masih ok lagi, boleh terus memasak.

Adam marah Hannah sebab mewarna diluar kawasan.

Hannah dengan edisi lepas mandi dan tidak mahu sikat rambut.

Nadia yang sudah sikat rambut tapi tak tahu kenapa masih lagi comot T_T. Ini adalah muka nak menangis sebab Adam dan Hannah tak bagi dia mewarna sebab dia conteng-conteng. Taktik ketiga pun gagal juga kerana diorang boikot Nadia. Tapi at least masa tu aku dah sempat masak.

Taktik ketiga disahkan gagal apabila aku tengok ada hasil kerjatangan yang halus atas lantai dapur. Konfem kerja Nadia.