Bila aku marah dan jerit-jerit, aku rasa Hannah sangat pandai immitate aku sebab bila dia marah, dia akan jerit-jerit macam orang gila. Hahahah. Sejak tu aku dah tak jerit-jerit dah. Aku mula kontrol pernafasan. Hahahah maksud aku, kontrol perasaan.
Sekarang kalau Adam, Hannah dan Nadia bergaduh berebut atau apa pun, aku guna kaedah Masa Keluar (time out). Sepatutnya yang bergaduh diasingkan dan diberitahu salah dia. Tapi kaedah aku lain sikit.
Aku yang masuk bilik dan kunci pintu dari dalam. Hehehh.
Kedengaran la tiga beradik tu menangis memujuk Mama keluar sambil mengaku silap dan janji tak buat lagi. Hahahahh. Senang sikit cara ni. Tak adalah aku naik hangin kan?
Aku rasa aku sedang belajar macam mana nak jadi mak yang baik. Sebab nak jadi mak yang baik tu bukan datang dengan sendiri, bukan diwarisi. Kalau mak aku dapat didik anak-anak dia masuk universiti, belum tentu aku dapat lakukan perkara yang sama. Kan?
Tapi mula-mula sekali kena belajar memasak.
Puas hati kan bila tengok diorang makan sampai licin.
Lepas tu bertambah lagi.
Rasa macam confuse. Betul ke aku masak sedap? Atau diorang makan sebab takut aku masuk bilik dan kunci pintu lagi? (-_-)"
- Blogpress dari Akuphone yang berharga USD2.99 *berbaloi-baloi*
2 comments:
wahhh sekarang sudah pakai akuphone....
lama tak bertegur sapa ekk?? apa khabar?
khabar baikkk!
Post a Comment