Tuesday, August 2, 2011

Adam Satu Ramadhan

Tahun ni Adam 6 tahun dah. Dah mula kena belajar puasa. Setakat hari ni dah 2 hari bangun sahur. Food dia paling senang. Nasi putih dan kicap. Lepas makan terus sambung tidur balik. Macam skill Mama dia masa kat hostel dulu T_T

Dah bagitau Adam. Puasa tak boleh makan dan minum di siang hari. Pastu tak boleh masukkan jari atau apa-apa benda lah dalam mulut.

Petang semalam berborak dengan Adam pasal puasa, macam lebih kurang cam ni lah bunyi nya:

Mama: Adam puasa tak hari ni?
Adam: Puasa. Tapi kan Mama, tadi Adam terkencing sebab tak tahan sangat dah.
Mama: Laaa. Kencing tak apalah. Tak batal puasa. Berak pun tak pe.
Adam: Lala cakap tak boleh kencing ngan berak?! Kentut pun tak boleh.
Mama: T_T

Lala memang suka cakap merepek tapi Adam percaya la pulak. Lol

Dah la pagi ni Lala bangun pagi, tanpa tangisan pastu terus duduk kat meja makan. Nak bersahur katanya. Sampai keras perut Gen ngan aku gelak. Aku tatau dia memang nak bersahur atau dia mengigau atau dia memang merepek saja pagi-pagi.

Tapi dari cara dia amik pinggan nasi dan duduk tunggu aku letak nasi, aku rasa memang dia nak bersahur ^^

Salam Ramadhan dari Rumah No. 4





No comments: