Kadang-kadang dalam hidup kita, tiba-tiba kita kena buat keputusan yang drastik. Yang mana sudah tak boleh nak dielakkan. Selalunya selagi boleh, kita pertahankan apa yang kita ada. Tapi bila kita tak tahu apa lagi yang sebenarnya nak kita pertahankan, mungkin itu masa yang paling baik untuk kita berhenti mempertahankannya.
Aku terganggu dengan perceraian Ayahngah dan Makngah bulan lepas. Setelah hampir 40 tahun perkahwinan, 14 orang anak dan 30 cucu... Semuanya hancur berderai.
Yang paling menyakitkan hati aku adalah kata-kata dari Gen yang seakan menyalahkan Makngah kerana tak membenarkan Ayahngah kawin lagi. Aduh! Itukah kata-kata yang aku harapkan dari mulut seorang suami?
Betul Makngah patut bertoleransi memandangkan dia dah tak bernafsu setelah monopause, mungkin dia patut cari sendiri calon isteri ke-2 suaminya. Tapi patut ke Gen cakap, Makngah patut bersyukur sekurang-kurangnya Ayahngah balik rumah mereka setiap malam?
Manakah tanggungjawab suami? Tak kasihan ke melihat isterinya yang 14 kali mengandung dan melahirkan anaknya? Belum campur yang keguguran. Isteri yang berhenti kerja untuk menjaga anak-anaknya. Yang mengikat bajet dan perut atas gaji suami seorang guru. Kemudian bersabar pula saat suami tak bergaji kerana menyambung pelajaran. Buat kuih, jual kuih untuk tanggung anak-anak belajar.
Wajarkah? Wajarkah Ayahngah lupakan semua itu atas alasan Allah yang memberinya nafsu, bukan dia yang minta jadi begitu.
Andai dapat diundur masa, waktu Makngah masih muda dan cantik. Sewaktu Ayahngah masih susah sambung belajar, patut tinggalkan saja, cari suami lain yang mampu menyaranya dunia dan akhirat.
Kita pula... Apa yang kita pertahankan selama ini?
- Diwartakan melalui BlogPress dari Akuphone
No comments:
Post a Comment