Tuesday, January 19, 2010

Kalau Sudah Beli Mesin Jahit, Kenalah Belajar Menjahit Pula


Sudah habis bayar Matsuyuki tapi persoalannya sekarang, bilakah aku akan mula menjahit. Bermula dari tahap sifar (zero) aku nak jadi seorang hero. Hahahahah, pasang benang pun masih gagal dan seringkali sangkut dan putus semasa menjahit. T_T


Tapi aku ni keras hati, tak mahu mengalah. Sebenarnya aku paling takut Gen cakap 'I told you, so!' kat aku (-_-''). Jadi aku mulakan aktiviti aku dengan mencari meja jahit yang sesuai. Hahahh.. Nampak sangat ianya satu alasan untuk pergi shopink lagi! Mejanya kecil sahaja tapi aku beli rak kasut pula sebab akan dapat harga murah kalau beli ia bersama. Atau mungkin dia adik beradik yang tak mahu berpisah. Apalaga yang aku merepek ini?




Aku risau Gen marah sebab beli perabot sebab kami janji tidak mahu beli perabot sebab mungkin nak pindah duduk di Lot 50610 nanti. Tapi aku beli juga. Aku fikir, rak kasut memang perlu, kan? Lagipun nanti boleh bawa pindah. Haha. Sentiasa fikir logik, mungkin tak tercapai akalmu, Gen.


Aku angkut meja jahit dan rak kasut ini sendiri naik CBK, memang muat tapi tayar hampir kempis semata-mata sebab takut Gen bising. Tapi akhirnya sampai rumah terpaksa juga minta tolong Gen angkat keluar kereta. Macam tak logik aku nak keluarkan dan pasang sendiri, kan?



Lupa pula hendak ambil gambar setelah kedua adik beradik ini siap diassemble.


Tapi intro sahaja dah panjang, sebenarnya aku nak bercerita tentang sekolah menjahit. Hahahah. Betul, tak tipu. Aku dah mendaftar di Epal, dalam Megamall dan sambil belajar, boleh jalan shopink juga. Nampak sangat ada alasan dan kepentingan tersendiri.




Lambang kasih sayang yang tiada tandingan? Haha, cheesy eh?




Kotak Permulaan, Starter Box.




Suasana dalam kelas. Makcik-makcik ini semuanya pro woh! Kotak bunga-bunga itu adalah projek jahitan yang kedua.




Hasil aku menjahit pada hari pertama. Sarung kusyen dengan bunga patchwork didepan. Mula-mula Cikgu puji sebab cepat siap tapi kemudian bila dia keluarkan pembaris, kantoi tidak sama (-_-"), mungkin tak boleh masuk kusyen.




Tapi Cikgu kata, aku boleh beli bahan Projek Kedua, bakul serbaguna tersebut.





Nice eh? Kalau siap dan ikut ukuran, barulah nice.




Ada cara-cara menjahit juga di sertakan, mungkin kali ni aku boleh buat betul-betul dan bukannya buat cepat-cepat. Hahahah.

5 comments:

Miss J said...

cayalah kak rose.. lepas ni jan tempah baju dari kuantan la ek?? my personal tailor.. amacam?

Nuraizah@Yong said...

Good luck with the new hobby!

Ana Malek said...

Hahahaha... gatai kan.. nak menjahit pulak!

jan, jahit baju? percaya ke kat kak rose? hihi

l i e y n said...

kagumnya aku!!!! syabas!!! u dah jadi ibu sejati!!!

::lynn:: said...

wah..bagus2... selamat berusaha...
saya? masih mencari2 masa utk bljr dgn mak... tp yelah..kena laa tunggu cuti sekolah...stkt jahit langsir yg simple tu boleh laaa...