Macam tu la lebih kurang Adam dan Hannah sebut dinasour. Sudah selalu aku betulkan tapi masih salah juga. Tak apalah asalkan aku dan Gen faham maksud mereka. Gambar dah lama, hampir 2 bulan lepas semasa kami tengok pameran Dino-Trek di Yayasan Pahang.
Itu aku dengan versi comot dan muka tak siap sebab Gen cakap aku ni lambat bersiap. Tanpa contact lense dan bedak asas dan nasib baik sempat gosok tudung dan pakai lipstick. Mungkin selepas ini Gen malu nak bawa aku keluar jalan-jalan. T_T
Di bahagian akhir pameran, Nadia dah menangis sebab dia takut tengok dinasour tu bergaduh dan anak-anak dinasour yang bertempiaran lari (mechanical). Muka Nadia juga tak keruan dan tak mahu lepaskan pelukan sampai kena pegang kuat-kuat untuk ambil snap ni.
Hannah tu macam berani tapi sebenarnya dia pun cuak juga dan tak lepas pandang tempat dinasour bergaduh tu sebab dia takut dinasour tu terlepas ke luar. Hahahahah.
2 comments:
u look ok without the lenses apa...
tapi gambar kat header tu yang lawak. bersungguh betul mama budak ber2 tu ambik gambar sampai nmpk kaki, hp cam, n muka sikit....
hahahhah nampak jugak ye? dalam fitting room kat sogo bcos both girls dah cranky n penat gler tp Gen still nk shopink. so kitorang main2 dlm tat fitting room.
Post a Comment