Tuesday, May 19, 2009

Hari ini bawa Tupperware untuk tapau, guna Recycled Grocery Bag untuk beli barang, mungkin esok boleh tanam pokok pula....

Rasanya sejak masih bersekolah, guru-guru telah menekankan yang kita perlu memelihara alam sekitar. Kita juga didedahkan dengan masalah kenaikan suhu sedunia 'global warming' melalui media semasa. Yang sebenarnya kita boleh membantu mengurangkan bebanan ini melalui cara kita sendiri. Biarlah orang nampak tindakan saya sebagai suatu yang amat kecil dan tiada sinifikasi dengan jumlah peduduk dunia yang berbilion-billion jumlahnya tapi sekurangnya saya telah lakukan 'bahagian' saya.




Grocery bag yang sentiasa berada di bawah tempat duduk pemandu dalam cbk. Saya akan mengeluarkannya setiapkali ingin membeli barang. Senang saja bukan? Tak perlu lagi menggunakan beg plastik yang tidak boleh dinyahlupus. Ia juga boleh dibasuh kalau berbau busuk ala belacan atau tertumpah darah ikan etc.

Haha. Ini pula sarapan pagi saya pada hari ini. Nasi Kerabu Daging Bakar beli di Restoran Midah. Mula-mula saya agak malu untuk membawa bekal tupperware sendiri tapi kemudian saya fikir, kenapa pula saya harus rasa malu? Saya sepatutnya merasa bangga, kan. (Bukan bangga sebab pakai tupperware ya (T_T) ). Bangga kerana saya sayangkan bumi saya dan inilah cara saya membuktikannya.






Nasi Kerabu ini tetap sedap, tak perlu letak dalam bekas polistrene yang tak boleh dinyahlupus. Tak susah pun nak buat, kan. Kita semua boleh buat. Anda bagaimana?

No comments: