Tersedak bila tengok gambar yang di upload oleh seorang sepupu di Facebook. Entah macam mana aku wujud dalam gambar ni, aku pun tak tahu. Memang aku tak suka bergambar masa kecil dulu sebab aku ni tak comel lansung (-_-“)
Semuanya kerana spek tebal dan rambut potongan tempurung kelapa. Aku memang tak pandai nak bergaya dan lansung tidak kelihatan comel macam sepupu yang lain. Mungkin sebab tu aku rajin belajar. Bahahah. Tipu! Tak rajin pun. Dalam kelas pun markah cuma selalu cukup makan. Nasib baik lulus. Setakat ni, aku masih belum di tag pada gambar ini di FB. Mungkin mereka pun tak tahu itu gambar aku T_T
Cuba tengok gambar ni dan teka mana aku, wehh.
2 comments:
the one with blueish purple baju kurung...it's easy to cam u laaa beb...sbb u pakai speck...hehehehe...
tu la kan... aiseh lgpun dah bg clue tempurung kelapa tuh. hihihi. tp tengok gambar ni mmg nak tergelak ajer. gosh!
Post a Comment