Monday, November 2, 2009

One Week

Sakit mata yang keterlaluan menyebabkan saya tidak boleh memakai kanta pelekap lagi. Semuanya masih belum selesai sejak Aidilfitri lalu. Maryam pula kata, 'Asyik berair sahaja mata Kak Ana, pergilah cek doktor'. Mungkin kata hati dia yang sebenar, 'takut nanti buta pula'. Kejam! Pandai-pandai saya reka kata hati dia.



Minggu lepas saya pergi jumpa doktor mata sambil ambil cuti sehari sebab banyak ujian yang dibuat kerana doktor risau mata saya mengalami kecairan atau mungkin kebocoran? Sila maafkan tatabahasa doktor berbangsa Cina itu. Saya pun tak faham. Kalau ada rajah, pelan dan bola mata besar seperti dalam bilik doktor mungkin saya boleh terangkan.

Doktor juga kata semuanya kerana saya telah hampir 12 tahun pakai kanta pelekap dan sekarang mungkin daya tahan mata saya sudah tiada lagi. Doktor bagi ubat titis untuk hilangkan alahan. Setelah seminggu, saya sudah boleh pakai kanta pelekap semula!


Sungguh tidak serik! Tapi saya pakai kanta pelekap pakai buang harian. Hanya pakai seminggu sekali apabila hendak berdating dan bergossip hangat dengan rakan-rakan seperjuangan. Bagus, kan? Cuma harga yang tidak berapa nak bagus T_T


Tambahan pula adanya jualan gudang ekstrem sebab Parkson Ria di Kuantan Plaza nak tutup! Harga yang bagus tapi poket tidak bagus ya! (-_-") Comforter set Jean Perry diskaun sehingga 70% WTF! (ie perlu dibaca sebagai 'Where's The Father!?') sebab perlu duit tambahan untuk membeli barang.


Gen berkursus Selasa hingga Jumaat di De' Rhu dan kemudiannya Jumaat hingga Ahad di Seri Malaysia. Walaupun dua-dua tempat di Kuantan, tapi dia tak balik atas sebab ada kelas sampai pukul satu pagi. Kelas karaoke session kah? Memang saya tidak puas hati sebab minggu sebelumnya dia pergi masuk hutan off-road di Bentong. Sudah empat hujung minggu Gen tiada di rumah, ya.

Hari Sabtu bawa anak-anak pergi jalan-jalan sendirian.


Rasa macam nak beli topi Jingle Bells ini tapi terasa rugi pula RM10.




Mainan Adam, figurine Ben10. Patung Diamondhead tu Hannah buat patah dalam masa 24 jam selepas beli.




Hannah yang mulanya pilih set berkebun tapi dia tanya, 'Mama boleh letak pasir tak dalam (pasu) ni?' Saya jawab tak boleh. Terus dia ambil mainan lain.

Nadia yang angkut semua permainan bawa keluar tapi tak tahu nak beli apa.

Kesedihan anak-anak yang terubat. Kesedihan saya pula bagaimana?

Gen belikan set periuk CNI ini untuk saya. Sedihkah? Gembirakah? Atau perlukah saya peluk periuk ini di malam hari sewaktu dia tiada?

2 comments:

l i e y n said...

uihhh hari tu tupperware, this time periuk plak! nak jaga hati bini le katakan..

Ana Malek said...

ntah la lieyn....
im still sulking even after one week