Wednesday, October 7, 2009

True Story: Retail Therapy Is Bad For Your Health

A good bird told me that a retail therapy is good to lessen your stress. Erm, suddenly - saya rasa saya mahu menulis dalam bahasa Melayu.



Seekor burung yang baik hati memberitahu saya terapi beli-belah adalah baik untuk menangani tekanan. Oleh itu, saya telah mengamalkan terapi ini dan membeli beberapa barangan yang kemudiannya ternyata menggembirakan hati saya.



Tambahan pula waktu bulan Ramadhan, saya juga membeli beberapa barangan untuk sambutan Aidilfitri. (-_-“). Boleh dikatakan macam orang hilang akal, membeli barang dan (sengaja) lupa untuk memikirkan barang tersebut adalah keperluan atau untuk berlebih-lebihan.



Sewaktu sambutan Aidilfitri, tiada lansung ingatan tentang barang-barang yang telah dibeli menjengah kotak ingatan saya, Sehinggalah hari semalam, saya menerima bil Mastercard dan Visa yang suatu waktu dulu adalah rakan karib saya.








Rasa macam nak pitam bila melihat jumlah kedua-dua bil tersebut adalah hampir mencecah RM4,700 dan jumlah tersebut adalah untuk satu bulan sahaja kerana bil bulan sebelumnya telah dibayar habis.


Senyap sekejap, cuba mengingati apakah barang yang telah dibeli (T_T). Tak berjaya. Mungkin lebih patut fikir cara untuk menanganinya.

Pertama, telefon syarikat kad kredit dan minta supaya jumlah tersebut boleh dibayar secara ansuran. Bolehkah? Tak cuba tak tahu, kan.

Kedua, telefon sugar daddy kesayangan (-_-“) minta simpati dan bantuan kewangan disertakan dengan kata-kata ucapan, ‘Baby, I love you,’ Hahahah mesti berbulu telinga Gen dengar.

Ketiga, keluarkan duit simpanan.


Argh!

3 comments:

Nomy Yahya said...

hmmm... apa yg ko beli nih? aku tader approve pun kecuali langsir.... full disclosure ANA... hahahhahaha

Ana Malek said...

T_T
i'll email it to u
nak tolong bayar ke? ^_^

Nomy Yahya said...

jangan harap mwahahahhaha...