Tiga tahun yang lepas, pada pukul duabelas tengah malam, semasa semua orang di dalam wad sedang sibuk keluar tengok bunga api untuk sambutan Hari Merdeka, aku dah tak tahan sakit macam baby nak keluar sangat-sangat dah. Tapi tak ada Misi atau Doktor yang aku nak panggil, kakak kat katil sebelah pula sedang tidur. Macam mana lah nak buat ni. Kalau jerit, aci tak?
Tapi nak jerit pun tak larat sebab contraction dah rapat sangat and everytime it happen, it sucks the breath out of you. Nak bernafas pun susah, nak menjerit apatah lagi! Jadi aku cekalkan hati, turun dari katil yang agak tinggi juga, kaki pun menggeletar. Bila jejak ke lantai, aku pun terus jatuh 'sujud' sebab contraction berulang.
Masa tu ada Misi lalu *selepas bunga api habis ya, kawan-kawan* dan jerit, 'Ya Allah, kamu ni kenapa?' Aku memang ingat sangat ayat tu sebab aku nak je jawab, 'aku ni kat wad bersalin, takkan la aku sakit sembelit?' Da-di-da-du. Cubaan menggembirakan diri sendiri. Tapi Alhamdulillah, aku sempat bersalin di tempat yang betul dan bukan di tempat yang salah ie atas lantai wad tersebut. Hannah lahir pada pukul 12.35 tengah malam/pagi, Hari Merdeka.
Dan seperti biasa Gen tak sempat tengok aku bersalin, aku pun tak sempat tukar baju. Habis semua baju dan kain batik kena darah. Tapi tak apalah, yang penting semuanya selamat, kan?
Tiga tahun selepas itu, Gen ajak berbuka puasa di Hyatt Kuantan untuk celebrate birthday Hannah. Haha. Sebenarnya Mama dan Abah yang nak makan kat situ. Hannah manalah pandai demand lagi.
Hannah menyanyi lagu happy birthday untuk diri sendiri dan potong kek dengan begitu gembira sekali. Haha betul! Tak tipu.
Nadia yang tak pakai selipar tapi jalan kaki sampai tepi kolam renang dan tempat dessert. Lepas tu dia bawak balik icecream. Hahah. Ada mamat waiter tu bagi kat dia. Nampak sangat Mama dan Babah sedang pulun berbuka puasa. T_T
Adam berposing ala-ala manja. Gen pakai baju melayu, dia pun sibuk pakai baju melayu juga, tapi seluar dah senteng atas buku lali.
Muka-muka budak yang tak puasa. Hannah buat muka-nampak-badut yang klasiknya itu. Kat belakang tu adalah meja desserts ya.
Makcik gamelan yang menghiburkan kami sewaktu berbuka puasa. Nadia kena dukung sebab nak terjun masuk kolam.
Seronok la berbuka puasa sebab orang pun tak ramai. Makanan pun banyak, desserts, icecream semua try. Nasi Ayam, Nasi beryani, Mi, Kebab, lamb seafood, fishgrill ergh... banyak la tak ingat. Yong Tau Fu dan Tau Fu Fa pun ada. Hahahh tipu! Tau Fu Fa tak ada tapi rasa nak tulis sebab rhyme. Tempat pun sempoi dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
Waktu balik Hannah cakap, "Mama, nanti kita datang sini lagi, ya?"
2 comments:
syoknya ada org belanja kat Hyatt
mahal ler. seriously, next two years baru pergi hyatt balik. hihi.
Post a Comment