Berikut adalah gambar-gambar yang terkumpul dalam Handphone sejak bulan lepas. Gambar tidak mengikut turutan sebab malas nak susun atur semula. Mohon maaf.
Hannah yang berguling-guling nak pakai songkok macam Adam.
Faiq, Adam dan Sufyan. Terbalik rumah Mak semasa raya sebab dikerjakan oleh cucu-cucunya.
Hannah yang bad mood sebab dah pakai baju raya tapi tak pergi kemana-mana pun sebab ramai pula yang datang beraya.
Gambar di pagi raya. Sila lihat hasil keras-tangan aku tak tidur malam mengerjakan leher baju kurung Hannah dan Nadia.
Adam: Kenapa baju raya Adam tak cantik?
Mama: Sebab Adam hensem, Adam kan boy, macam Babah...
Kesian pula anak teruna yang rasa terpinggir ni. Jadi tahun ni aku belikan kain samping dan songkok supaya dia excited juga.
Selain dari komputer opis yang di serang virus dan masuk hospital selama seminggu, aku pula di serang sakit mata yang berair berterusan. Rasanya sebab kurang tidur (mengerjakan leher baju kurung yang tersebut) akibatnya beraya dengan memakai cermin mata. Tapi kenapa muka Gen macam nak nangis? Hahaha.
Satu Syawal di Kampung Pulau Rumput, Pekan.
Gambar yang lebih ceria di pagi raya.
Yang ini di ambil semasa temankan Gen shopping raya di minit terakhir. Hannah dan Nadia kebosanan.
Yang ini adalah langsir ready-made raya untuk sliding door. Masih belum bayar lagi kat Mak (T_T). Ambil gambar sambil baring sebab kepenatan adjust pemasangan langsir tersebut.
Manik baju raya Nadia yang ambil masa 3 minggu untuk disiapkan. Aku dah putus asa nak siapkan baju Hannah sebab cuma ada tempoh satu minggu sebelum raya.
Gambar budak-budak-budak kebosanan sebab temankan Gen beli baju raya. Rupanya seberang sana escalator ada jugak budak-budak yang buat aksi yang sama. Hahahh.
Gambar pagi raya tapi tak tahu kenapa Alin tak update date kat kamera dia. Dahi Nadia berbintat kena gigit nyamuk bukanlah suatu isu kerana aku bangga diri sebab ramai yang puji manik-manik kat baju Hannah dan Nadia.
Itulah aku edisi raya bercermin mata.
3 comments:
cantiknya jahit manik buatan sendiri tu!!!tabik le kat u ana...
ok pe pakai cermin mata...
Naper baju ko sorang je yang lain? hhihiihih....
hahahahha...
lin, i tgh kerjakan lengan baju raya i ni pulak. tgu hasilnya. raya haji baru siap kot.
nomy... takkan aku nak pakai baju plain masa raya....? tak glamer weh...
Post a Comment