Friday, August 7, 2009

Yang Paling Aku Sayang

Demam MC dua hari, Isnin dan Selasa. Hari Rabu mulalah rasa macam tak semangat nak bekerja. Monyok macam tikus mondok. Hahahah. Kutuk diri sendiri tidak mengapa, dibenarkan. Tapi bila balik rumah hari Rabu terkejut sangat sebab tengok keadaan barang-barang dalam rumah ada yang berubah. Macam pelik lah sikit. Aku fikir mungkin Gen balik rumah tengahari tadi sebab tiada kesan pecah masuk pun.
Buka pintu belakang untuk mula memasak tapi terkejut tengok tanah kontang kat belakang tu dah digemburkan dan ada disemai pokok-pokok. Mak datang tanam pokok! Sebab sudah tentu bukan Gen yang buat, sebagai isteri, aku amat memahami perangai dia. Sukanya! Terus telefon Mak dan ucap terima kasih. Mak memang ada kunci rumah tapi tak sangka pula dia nak susah-susah tanam pokok kat sini. Hikhikk.





Pokok keladi ni untuk apa ya? Tak kisahlah... mungkin Mak suka kot.





Pokok pandan, daun kunyit, serai... owh dan ada juga benih-benih lain yang tak dikenali.





Pokok bunga tahi ayam kah? Hahahah... tak kesahlah apa-apa pun. Bertambahlah sikit kerja kena siram pokok pagi dan petang.


Apa-apa pun, sayang Mak.

4 comments:

::lynn:: said...

Masa mak sy mai ganu... balik dr opis tgk dapurku super duper kemas...padahal kita baru je kemas dapur tu the day before...laman pun bersih disapu... huh... hasil tgn mak mmg tiada tandingan...

Ana Malek said...

hmmm best kan. selalu pelik mcm mana lah Mak boleh pergi kerja dan rumah bersih selalu, tader maid pun. kita kena rajin nih...

l i e y n said...

ana, dia perli u tu....
mak i pun dah sound, rumah kalau tak tanam apa2 bukan umah namanya..
i mmg tak tanam apa2 bunga sbb malas nak maintain jaga...nasib baik ada gak serai kat belakang umah...huhhuhuh

Ana Malek said...

serai mmg senang tumbuh ye? serai i tu dah rimbun dah. nnt upload pics