Tuesday, April 7, 2009

Parental Guide: Part 11

Anak yang kecil memang sangat nakal dan perlu diawasi sentiasa. Mereka juga mudah membuat perangai lempar tantrum yang mana kalau tidak dikawal boleh merebak dan menjangkiti anak-anak yang lain pula. Masalah utama yang dihadapi oleh ibu bapa adalah anak yang kecil ini masih belum boleh bercakap. Oleh itu, ibubapa acapkali terpaksa mengagak apa yang dikehendaki atau diperlukan oleh anak kecil tersebut.

Untuk mengelakkan perkara lempar tantrum yang berlanjutan dari berlaku, anak yang kecil ini perlulah sentiasa dipastikan berada dalam keadaan yang selesa. Lampin pakai buang perlulah sentiasa diawasi dan ditukar sekiranya telah penuh muatan dan terutamanya sekiranya ada muatan yang berbau busuk. Kerengsaan kulit juga boleh menyebabkan mereka lempar tantrum.

Pemakanan. Biasanya mereka akan lempar tantrum kalau mereka lapar. Kalau mereka tidak lapar, mereka akan lempar makanan pula ke muka anda. Oleh itu, anda perlu bersabar dan cuba pula untuk memberikan susu kepada mereka.

Sekiranya tidak berhasil juga, anda boleh cuba menidurkan mereka kerana mungkin mereka mengantuk. Lempar bantal dan selimut bersama supaya anda dapat bersama-sama ditidurkan.

Kegagalan perkara-perkara diatas menenangkan anak kecil yang lempar tantrum hanya boleh menjurus kepada dua perkara iaitu yang pertama, anak yang kecil tersebut sedang sakit. Mungkin kembung perut atau tidak sedap badan. Oleh itu, ibu bapa perlu mendukung mereka sambil mengurut belakang dengan perlahan-,lahan. Minyak yuyi cap limau juga boleh digunakan untuk meredakan masalah angin termasuk memberi mereka minum air cap badak bagi menyejukkan badan.

Perkara yang kedua, anak anda mungkin hanya meminta perhatian anda. Oleh itu, cuba meluangkan masa denga bermain-main bersama mereka.

Perkara yang paling penting ialah ibubapa perlulah banyak sabar dalam menangani masalah lempar tantrum anak-anak kerana mereka adalah amanah dari Allah. Sekiranya mereka gembira, mereka tidak akan lempar tantrum terhadap anda dan hidup anda ceria dipenuhi denga gelak tawa mereka.

Berikut adalah muka Nadia yang berseri-seri dan gembira.


Haha. Atau anda juga boleh cuba menampal sticker bintang yang bersinar-sinar supaya muka anak anda ceria seperti Nadia.

No comments: