Monday, April 20, 2009

Kerana Facebook tak boleh nak upload gambar, jadi semua gambar pun diuploadkan disini.

Pagi Ahad yang aman damai. Semua orang malas nak bangun (Mama dan Babah je tu). Adam pukul enam setengah dah kejut "Mama, bangun hari dah siang" sebagai akibat dijanjikan boleh bawa basikal dan bermain di taman pada malam sebelumnya. Lepas mandi terus bawa basikal tepi kereta. Nasib baik tak larat angkat, kalau tak tentu Adam dah angkat masuk Hilux sendiri.


Adam dah boleh bawak basikal. Kejap aje dah pandai. Berposing dengan menarik sekali tapi kedekut. Beg Mama tak boleh tumpang di belakang.



Hannah, drama Queen. Kalau ambil gambar sengaja berlagak ceria walaupun baru lepas menjerit sebab basikal tak bergerak. Hehe.



Lupa bawa stroller Nadia dan selipar dia juga. Babah kena dukung. Mama sibuk sebab... sebab nak ambil gambar dan bawa beg bekal yang berat. Kami dapati Hannah mempunyai masalah untuk menumpukan perhatian kerana dia selalu bawa basikal ke tepi sebab sibuk tengok orang lalu-lalang.




Berehat sebentar. Kepenatan. Air bekal Barbie Hannah yang Adam tak mahu minum sebab "air wawan" (air perempuan) tapi bila dah penat dan dahaga, dia sebat ajer.


Adam baru lepas jatuh basikal sebab jalan tak rata. Minggu depan Babah janji nak pergi Taman Teruntum pulak. Kat sana ada jalan interlocking sesuai untuk berbasikal. Oh, btw, ini adalah di Taman Gelora, dulu memang favourite spot tempat Mama dengan Babah berdating.



Hannah dengan basikal kesayangan warna purple. Kalau bawa, tak boleh kayuh satu pusingan penuh. Akan kayuh sikit-sikit asalkan boleh bergerak.



Hannah lagi selepas jatuh sebab sibuk pandang tempat lain. Kami mendapati Hannah juga takut jambatan, tasik, angsa dan batang pokok yang berjuntai. Perlu diawasi dan dielakkan lain kali sebab dia akan menjerit sekuat hati sehingga orang semua pandang dan menyangka kami membuli Hannah.
Balik rumah tidur kepenatan sehingga pukul tiga petang.
Hari Ahadku yang sangat ideal.






No comments: