Wednesday, June 24, 2009

Miss Matsuyuki

Siapakan dia? Mungkinkah sahabat baikku yang terbaru? Agak2 apa ya? Cepat teka. Macam monitor komputer? Mungkinkah komputer baru? Hehe.




Ada pedal yang disediakan. Dah tahu apa dia? Ini bukan tetikus atau PDA.



Tadaaaa. Mesin jahit automatik dengan fungsi jahit tepi. Boleh membuat sehingga lebih seribu jenis jahitan. Iye lah tu... poyo je iklan nyer.



Erm. Masalahnyer, nak pasang benang pun tak tahu. LOL. Tapak juga boleh ditukar untuk menjahit sulam. Dalam gelap boleh pasang lampu untuk menjahit. Mentol spare juga disediakan. Owh, baru tau benang boleh masuk jarum secara sendiri, tak perlu cucuk-cucuk sampai juling mata.


Buatan Jepun. Masalah sebenar nya adalah, aku perlu ke mesin jahit ni?



*Sambil mengenang masa silam* Sebenarnya beli sebab geram Gen masuk hutan (April 2009)dan dia kata aku tak ada hobi. Secara tiba-tiba aku rasa nak menjahit dan jadikan ia sebagai satu hobi. Boleh tak? Ridiculous, kan. Seluar koyak pun aku mintak tolong Mak jahitkan. So, setakat ni aku dah bayar tiga kali ansuran bulanan sebanyak RM220. Ada lagi tujuh bulan nak bayar. Dan sebelum tu dah bayar duit muka sebanyak RM300.
Ye, Nomy, aku dah terdengar-dengar omelan kau sekarang (-_-'').


Aku boleh buat! Aku nak jahit baju raya untuk Adam, Hannah dan Nadia tahun ni. Eh, sempat tak? Bila tengok balik... rerupanya CD panduan pun tak pernah buka selepas 3 bulan, masih dalam sampul plastik lagi. 'Hobi' lah sangat....
Aku selalu mengomel cakap tak tau duit aku pergi mana, kan. Sebenarnya aku tau duit tu pergi mana, tak nak mengaku je. In denial.



P/S: Lieyn, I cannot reply to your comments, selalu keluar blocked pop-up. Naper ye? Btw, I yang belanja Gen. Mother's Day tak dapat apa-apa pun... (Hahahha tipu lagi, in denial, tak baik. Sori, nanti I cerita kemudian)

3 comments:

::lynn:: said...

wah.... bagus2... teruskan cita2 murni...hi3

l i e y n said...

kagumnya....
boleh le tempah baju kat ana lepas ni.....

Anonymous said...

kak,cmane sy nk private msg aka?ada fb x?