Monday, August 11, 2008

Snippets

Aku dan Gen tengok TV, dah pukul sepuluh malam. Aku pun cakap.
"Boo letih la..dah lewat ni, Boo nak tidur lah…."

Aku pun pergi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti… Busuk pinggan mangkuk. Dah tu, ada pulak periuk rice cooker dalam sink. Berkerak, so rendam lepas makan tadi… basuh jap… Susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal ikan bilis tempoyak kesukaan Gen masa masak malam tadi… ok settle…

Check air panas dalam flask… takut habis pulak nanti malam anak nak susu…Hmm memang dah kering pun flask ni, jerang la air… sementara tunggu air masak, nampak pulak susu baby dah habis….buka almari, amik tin susu baru. Nasib baik aku dah beli banyak-banyak awal bulan hari tu. Buka fridge pula, …ishh…ni lauk bila ni, semalam kot…dah beku dah…basuh la kejap….lalu tepi bilik belakang, masukkan baju kotor dalam washing machine… penat dah ni, set timer washing machine, pagi besok boleh sidai terus…sidai kain lap je lah… tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flask…ok settle…

Baru teringat tak solat lagi… jalan masuk bilik., Gen tengah tengok tv lagi…hmmm… CSI la tu tak habis lagi. Nampak pulak beg Adam dengan Hannah untuk hantar ke Nanny esok…check…baju empat pasang seorang, towel mandi Adam, seluar dalam Power Rangers, towel mandi Barbie si Hannah, towel kecil utk selsema…calamine lotion untuk sapu ruam… alamak..terlupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…

Ternampak pulak beg baby Nadia. Baju tiga pasang, kain lampin, tuala kecil… masa kecil ni dia tak pandai demand lagi… Dah besar nanti nak Power Rangers lah, nak Power Puff Girls lah.. Hehehh sabar je lah. ok settle…

Mana pulak beg nak pergi kerja… Hannah lah main hari semalam nih, sampai kena sorok letak tinggi kat atas almari. Berhabuk pula. Lap habuk. Hmmmm.. esok nak pakai beg coklat ni lah, Asyik-asyik pakai beg hitam tu je…salin jap barang-barang dalam beg coklat…check semua takut la tetinggal apa-apa..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je… tak settle…

Nak kena beli ni beg baru…rasanya cukup bulan ni ada Bonuslink Member Sale kat Parkson…. Mana katalog tadi, ek? Hah, ni dia…ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…

Tetiba dengar suara Gen…"Boo buat apa lagi tu..tadi kata nak tidur…"….
"Iyalah nak tidur lah ni..nak Isyak jap…"
Masuk toilet..buat apa-apa yang patut…cuci muka dulu….gosok gigi…solat Isyak…pakai moisturiser…pakai under eye treatment cream… lip balm… nak lawa and maintain cun punya pasal lah ni… Nanti orang kata patut la muka dia macam tak sudah macam tu, anak dah tiga…huhuhuhu… tak ke haru? Ok settle…

Buka almari…emmm…hari Isnin, eh, nak pergi Court kena pakai baju black and white… gosok kejap..check baju Gen,
“Abang pakai baju apa esok?”
”Tak yah gosok” Gen jawab.

Hmmm pergi site la tu esok tu…kat bilik belakang… gosok baju…gantung elok-elok… kalau rendah sangat nanti Adam dengan Hannah tarik pulak buat main.. Kemaskan almari baju.. Eh, ada pulak baju kotor Gen terselepet kat belakang pintu… Masukkan seluar dengan baju kotor Gen dalam washing machine….ok settle..

Dengar suara Gen lagi…"Abang dah mengantuk ni.."
Dalam pada nak masuk ke bilik… check jap pintu depan ni…Ya Allah! tak kunci lagi…grill pun tak tutup… ni kalau tak check ni, senang-senang je orang masuk rompak rumah aku…. kunci… ok settle….

Ni mainan ni bersepah-sepah…flash card pintar lah, jam Ben-10 lah, masukkan la dalam bakul mainan budak-budak ni…banyaknya…sampai bawah meja makan pun ade…aduh….ok settle
Ok dah boleh baring…aduh sakitnya pinggang-ku…

Cium si comel satu, cium si comel dua dan cium si comel tiga ni. Kejap…selimutkan diorang…Kalau tak malam karang, berebut selimut dengan Hannah. Laa… kenapa basah pula si kenit nih …emm, tukar pampers. Kena tukar la pampers comfort nih tak bagus la brand ni, tukar pakai Drypers ok kot. Nanti ingat masa beli barang diorang awal bulan depan. ..ok sayang tidur k… kalau boleh jangan lah bangun tengah malam ni ek… tidur sampai pagi k…good night… sweet dreams...

Aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak minyak panas nih…sakit pinggang… Mak cakap sebab inject family planning. Ada ke? Hah? Sambil sapu minyak panas,,, Setkan alarm handphone…set dalam otak program kerja esok…kena sampai court pukul 9.00 tak boleh lambat ..

Ahh…boring…panas lah pulak minyak nih. Dulu, mula kahwin tidur pakai minyak wangi perfume… dah empat tahun kahwin, tidur pakai minyak panas, busuk la… Hehe. Tapi tak apa lah, asalkan sedap, lega boleh lelapkan mata…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari mu Tuhan…

Gen pun bangun tutup tv…
"Abang dah ngantuk sangat ni…nak tidur lah… Eh, Boo nak tengok tv ke?"
“Tak”

Selang seminit …dengar bunyi Gen berkeruh…dah agak dah….

No comments: