Wednesday, August 13, 2008

Borak-borak

Masa Cash ajak keluar makan. Aku malas nak pergi.

Dua tahun lepas dia buat direct selling. Penat juga nak dengar dia bercerita. Aku memang tak minat direct selling ni tapi nak jaga hati kawan, dengar jugak lah. Tahun lepas dia mula buat insurance pula, ajak jugak aku masuk tapi aku beritahu dia, Gen tu Unit Manager kat AmAssurance, dia senyap je. Kesian la pulak tengok. Aku tolong dia setakat termampu, kenalkan dia dengan kawan-kawan yang nak ambil insurance. Pandai-pandai la dia kowteem dengan diorang sendiri.

Tapi aku pergi juga jumpa dia. Sebab dah lama dia ajak, seingat aku sebelum aku cuti bersalin dah. Jumpa kat Sara Thai, mula-mula makan saja lepas tu borak-borak, aku tak perasan pun dia nak cerita pasal apa mungkin taktik dia dah berubah sebab dulu dia terlampau direct dan obsess. Sekarang Cash dah pandai bercakap dan tackle client.

Harga minyak naik, barang mahal. Cakap pasal inflasi. Apa inflasi tu sebenarnya? Macam nilai duit kertas kita pada masa depan. Cash cakap pakai Rule 72, dia kata economist tau la teori ni.
Infation rate declared = 4%, which is bigger than 72 (the rule).
So, 72 divide by 4 = 18.So, dalam masa 18 tahun lagi value duit RM100.00 skrg akan jadi RM 50.00 sahaja.

Katalah aku simpan duit untuk Adam, Hannah dan Nadia RM2,000.00 seorang sekarang untuk diorang masuk universiti, further study etc. 18 tahun lagi aku cuma ada total RM3,000.00 sebenarnya. Itu pun kalau inflation rate tak naik lagi within that period of time. Kalau tak, lagi sikit lah saving kita sebenarnya.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yang dapat bagi return per year lebih besar dari inflation rate. Kalau saving dlm Tabung Haji 4.75% dan inflation rate 4%, dalam masa 18 tahun akan datang, secara teori aku akan hanya ada dapat 0.75% sahaja.

Cash pun mula buat pengiraan untuk aku. Kira… kira… sampai habis kertas. Simpan dalam FD, rate berapa pula. Simpan dalam Amanah Saham, dapat berapa pulak kalau long term nyer calculation. Akhirnya Cash cakap,”OLEH itu Ana kena simpan di dalam instrumen yang boleh bagi return yang besar dan selamat."

Cash pun buka cerita pasal CIMB Unit Trust, CIMB Wealth Advisor, advanced planning, future ongoings. Bla Bla Bla. Huhu… terkena jugak aku. Tapi memang kali ni cara dia tackle tu sangat convincing and based on facts.

No comments: