Showing posts with label parental guide. Show all posts
Showing posts with label parental guide. Show all posts

Tuesday, October 6, 2009

Parental Guide Part 14

Hahahah korang perasan tak kalau edisi Parental Guide ni numbering Part dia tak pernah betul. Macam sesuka hati dan ikut mood sendiri aje.


Topik pada hari ini adalah, 'Macam mana nak memasak sambil menjaga tiga orang kanak-kanak riang secara bersendirian'. Oh panjang pulak tajuk Parental Guide Part 14 ni. Tapi tak apalah, sila teruskan dengan pembacaan anda.


Selalu kalau nak memasak, Adam, Hannah dan Nadia mesti sibuk bersama kat dapur. Bukannya tak suka diorang masuk dapur tapi masalahnya kalau dah masuk dapur tu, banyak sangat aktiviti tambahan diorang seperti menolong mengemas dapur yang memang sudah bersepah supaya menjadi lebih bersepah lagi.

Taktik pertama adalah memasang Channel Cartoon Network sebagai distraction supaya diorang melekat depan tv. Adam bolehlah terima taktik tersebut tapi Hannah cepat bosan. Nadia pula memang tak heran dengan tv. Taktik pertama gagal.

Bila dah masuk dapur, distract diorang dengan makanan pula. Selalunya dengan sweets lah, cakap macam ni, 'Mama bagi makan coklat ni, pergi main kat depan. Kalau masuk dapur, nanti Mama ambil balik.' Hahahha... Selalunya berkesan tapi atas sebab kesihatan, tak boleh buat selalu. Taktik kedua is not healthy.

Taktik ketiga adalah dengan menyediakan aktiviti di dapur bersama-sama. Sambil memasak, bagi diorang colouring book dan pensil warna. Macam berjaya lah, sempat aku memasak kejap.

Bersungguh-sungguh mengadap colouring book.

Setakat ni masih ok lagi, boleh terus memasak.

Adam marah Hannah sebab mewarna diluar kawasan.

Hannah dengan edisi lepas mandi dan tidak mahu sikat rambut.

Nadia yang sudah sikat rambut tapi tak tahu kenapa masih lagi comot T_T. Ini adalah muka nak menangis sebab Adam dan Hannah tak bagi dia mewarna sebab dia conteng-conteng. Taktik ketiga pun gagal juga kerana diorang boikot Nadia. Tapi at least masa tu aku dah sempat masak.

Taktik ketiga disahkan gagal apabila aku tengok ada hasil kerjatangan yang halus atas lantai dapur. Konfem kerja Nadia.

Tuesday, April 7, 2009

Parental Guide: Part 11

Anak yang kecil memang sangat nakal dan perlu diawasi sentiasa. Mereka juga mudah membuat perangai lempar tantrum yang mana kalau tidak dikawal boleh merebak dan menjangkiti anak-anak yang lain pula. Masalah utama yang dihadapi oleh ibu bapa adalah anak yang kecil ini masih belum boleh bercakap. Oleh itu, ibubapa acapkali terpaksa mengagak apa yang dikehendaki atau diperlukan oleh anak kecil tersebut.

Untuk mengelakkan perkara lempar tantrum yang berlanjutan dari berlaku, anak yang kecil ini perlulah sentiasa dipastikan berada dalam keadaan yang selesa. Lampin pakai buang perlulah sentiasa diawasi dan ditukar sekiranya telah penuh muatan dan terutamanya sekiranya ada muatan yang berbau busuk. Kerengsaan kulit juga boleh menyebabkan mereka lempar tantrum.

Pemakanan. Biasanya mereka akan lempar tantrum kalau mereka lapar. Kalau mereka tidak lapar, mereka akan lempar makanan pula ke muka anda. Oleh itu, anda perlu bersabar dan cuba pula untuk memberikan susu kepada mereka.

Sekiranya tidak berhasil juga, anda boleh cuba menidurkan mereka kerana mungkin mereka mengantuk. Lempar bantal dan selimut bersama supaya anda dapat bersama-sama ditidurkan.

Kegagalan perkara-perkara diatas menenangkan anak kecil yang lempar tantrum hanya boleh menjurus kepada dua perkara iaitu yang pertama, anak yang kecil tersebut sedang sakit. Mungkin kembung perut atau tidak sedap badan. Oleh itu, ibu bapa perlu mendukung mereka sambil mengurut belakang dengan perlahan-,lahan. Minyak yuyi cap limau juga boleh digunakan untuk meredakan masalah angin termasuk memberi mereka minum air cap badak bagi menyejukkan badan.

Perkara yang kedua, anak anda mungkin hanya meminta perhatian anda. Oleh itu, cuba meluangkan masa denga bermain-main bersama mereka.

Perkara yang paling penting ialah ibubapa perlulah banyak sabar dalam menangani masalah lempar tantrum anak-anak kerana mereka adalah amanah dari Allah. Sekiranya mereka gembira, mereka tidak akan lempar tantrum terhadap anda dan hidup anda ceria dipenuhi denga gelak tawa mereka.

Berikut adalah muka Nadia yang berseri-seri dan gembira.


Haha. Atau anda juga boleh cuba menampal sticker bintang yang bersinar-sinar supaya muka anak anda ceria seperti Nadia.