Friday, December 10, 2010

Hadiah Hari Jadi

Suatu pagi yang aman damai dan tenteram di hari jadian yours truly. Sedang memandu tiba-tiba cermin belakang pecah! Yang terpacul dari mulut ialah, 'what the hal?'




Keluar dari kereta dan budak motor yang lalu cakap, 'kak helmet terpelanting' (sambil tunjuk helmet biru tepi jalan)




Fuhh! Nasib baik tak ada kepala wehh! Rupanya budak motor langgar kereta belakang kereta aku dan helmetnya terpelanting kena cermin belakang aku.





Sememangnya hadiah hari jadian yang paling bermakna. Tak boleh claim insurance sebab semua cermin tak pernah diinsuranskan. Nak saman motor? Ntah hidup ntah tak mamat tu.

Tapi kan kalau korang kenal motor ni atau lagi bagus kalau korang kenal tuan punya motor ni, bagitau aku eh?





Tapi masa buat repot kat balai polis, Jan call wish birthday dan nyanyikan lagu korea kat aku T_T tak sampai hati nak bgtau dia pasal accident ni.

So, Jan dearie... You still owe me that song! LOL

Ikhlas dari Akuphone :)

Location:Jalan Teluk Sisek,Kuantan,Malaysia

Thursday, June 10, 2010

Ponteng Kerja

Hari Selasa lepas ponteng kerja sebab melayan seorang wanita mengandung yang mengidam nak makan keropok lekor Kemaman. T_T tapi bukan saya yang mengandung ya! Cuma nak jelaskan supaya tiada yang salah faham.

Kami bertolak pukul 4 petang. Mencari gerai keropok lekor yang rupa-rupanya sudah tutup hingga akhirnya terpaksa berpuas hati dengan gerai kapal layar.

Kalau bos selalu bercuti lagi, mudahlah aktiviti ponteng kerja ini dilakukan. (-_-")

IMG_0224.JPG

Monday, May 10, 2010

Sebelum Jadi Mak

Sebelum jadi Mak
Aku tak pernah terjatuh sebab pijak mainan
Atau terlupa lirik lagu ‘air pasang dalam’

Aku tak pernah kisah
Mainan tu selamat ke tak
Atau pokok tu beracun atau berduri
Atau playground itu bersih atau tak

Sebelum jadi Mak
Aku tak pernah kena muntah
Kena berak
Kena gigit atau
Kena kencing

Aku juga boleh berfikir tentang diri sendiri
Dan tidur lena sepanjang malam sehingga ke pagi

Sebelum jadi Mak
Mana pernah pegang baby yang berusia 2 minggu yang sedang menangis
Supaya doktor boleh ambil darah kat kaki dia untuk test demam kuning
Atau supaya doktor boleh suntik imunisasi kat peha dia

Aku tak pernah menangis bila tengok baby menangis
Apatah lagi bila tengok orang buang baby
Dan tak pernah rasa begitu gembira bila tengok dia senyum
Macam dah tak ada apa-apa yang lain lagi penting dari senyuman dan gelak tawa dia

Sebelum jadi Mak
Aku tak pernah berjaga tengah malam
Sebab dia sakit
Tapi semasa dia sihat aku berjaga malam juga
Semata-mata nak tengok dia tidur
Atau risau sebab dia belum terjaga nak minum susu
Dan periksa pula sebab takut kalau tiba-tiba nafas dia terhenti tanpa aku sedari

Sebelum jadi Mak
Aku tak pernah pegang baby yang sedang tidur
dan tak nak letak dia di tilam
Rasa nak pegang dia sampai bila-bila
Tak jemu-jemu

Aku tak pernah rasa hati aku retak seribu
bila aku tak boleh hilangkan rasa sakit dia
Aku pun tak sangka
Dia yang sebegitu kecil
Meninggalkan kesan yang sebegitu besar dalam hidup aku
Aku juga tak pernah tahu aku boleh sayang dia dengan sepenuh jiwa dan raga tanpa noktah

Sebelum jadi Mak
Aku tak pernah sangka
Hati aku bukan milik aku
Hati aku lekat padanya
Sewaktu aku melahirkannya

Sebelum jadi Mak
Tak pernah tahu kehebatan
Kegembiraan
Kasih sayang
Sakit kepala (haha!)
Atau kepuasan bila jadi Mak

Dan yang paling aku tak sangka
Aku sangat suka jadi seorang Mak
Dan kepada-Nya aku paling bersyukur.


Tuesday, April 27, 2010

Gen cakap Iphone je canggih....!

Dalam makna yang lain dia nak kata aku tak canggih la kan. Huhu. Atas sedaya upaya aku cuba buat entri baru dah update straight from iph.

Tapi macam mana nak upload gambar yer? Cakap Gen betul. Aku memang tak canggih (-_-")

Monday, April 26, 2010

Letupan Dari Masa Silam (Blast From the Past)

Tersedak bila tengok gambar yang di upload oleh seorang sepupu di Facebook. Entah macam mana aku wujud dalam gambar ni, aku pun tak tahu. Memang aku tak suka bergambar masa kecil dulu sebab aku ni tak comel lansung (-_-“)



Semuanya kerana spek tebal dan rambut potongan tempurung kelapa. Aku memang tak pandai nak bergaya dan lansung tidak kelihatan comel macam sepupu yang lain. Mungkin sebab tu aku rajin belajar. Bahahah. Tipu! Tak rajin pun. Dalam kelas pun markah cuma selalu cukup makan. Nasib baik lulus. Setakat ni, aku masih belum di tag pada gambar ini di FB. Mungkin mereka pun tak tahu itu gambar aku T_T



Cuba tengok gambar ni dan teka mana aku, wehh.

Thursday, March 18, 2010

Kalau Tak Dapat Kalahkan Mereka, Sertai Mereka!

Kami ikut Gen masuk hutan di Sungai Lembing. Jauh jugak perjalanannya. Dari jalan tar hinggalah jalan batu kerikil dan kemudiannya meredah hutan barulah sampai ke tempat perkelahan tersebut.


Pagi-pagi angkut sahaja budak-budak yang masih belum mandi masuk dalam kereta. Jimat masa.




Semua ambil tempat masing-masing. Oh ya, Gen sudah terpaksa melepaskan Hilux pergi sebab anak kami ramai. Tak muat. (-_-)'' Sekarang pakai Land Cruiser (B) hahahah for buruk. Kebaikannya ada tujuh tempat duduk. Jadi semua tak payah berebut-rebut. Tapi sekejap je. Lepas tu semua pun berebut nak duduk di depan dengan aku dan Gen.



Seronok tengok muka budak-budak yang tak mandi pagi nih.




Ambil gambar tempat berkelah. Hahahh itu gambar ibu mertua kakak aku yang malu-malu kucing. Oh ya, makanan pun di beli untuk jumat masa. Alasan. Sebenarnya aku malas masak.




Sungai memang cetek dan tak merisaukan untuk budak-budak mandi. Hannah memang suka main pasir. Di belakang Hannah adalah anak saudara aku, Arif Budak Lelaki Hari Jadi (Birthday Boy) yang aku janjikan berpiknik di Sunga Sungai Lembing.




Adam pula dalam cubaan membuat benteng pasir untuk tangkap ikan.





Nadia takut air sebab dia dah tergolek masuk air kerana silap imbangkan diri. Selepas itu dia asyik berkepit dengan Gen. Tengok selesa saja dia duduk atas perut Gen. Hahahahha...

Tuesday, March 16, 2010

Gunting Rambut, Lagi?!

Bawa kanak-kanak riang pergi gunting rambut. Kedai Gunting Rambut Rileks tu tutup. Jadi, Hannah pun kena gunting rambut di kedai gunting rambut lelaki yang sama macam Adam.




Adam selepas gunting rambut. Gaya macam macho la tu. Hahahah


Hannah dengan muka cuak 'Mama duduk dekat Lala yer?'



Selesa pula, mungkin Hannah sudah mahu tertidur.





Berposing sementara menunggu Hannah gunting rambut.





Nadia cuba buat gaya 'peace' yang tak jadi. Habis semua jari keluar. Hahahh. Nasib baik semuanya berperangai baik-baik belaka. Lain kali boleh bawa teman Mama gunting rambut pula.